Pengikut

Jumaat, 31 Oktober 2014

Aku sudah jatuh cinta

Slot 1

3 bulan ank2 murid masih belum menerima aku...aku sedih sgt2...setiap malam sebelum tidur aku berfikir bagaimana hendak menarik minat mereka ketika waktu pnp...mereka kata bosan, mereka kata, cikgu tak best...arghhhh!!! tensionnya aku....akhirnya, aku berjumpa dgn cikgu saiful...aku luahkan perasaan yg sgt tertekan...cikgu saiful kata, memanglah mula2 budak masih belum menerima awk lg...awk kena bersabar dan bykkn berdoa...awk perlu masuk ke alam mereka...ha!!!! kena masuk ke alam mereka??? bagaimana?? awk kena jadi seperti mereka...ha!!! jadi seperti mereka?? pening aku fikirkan jadi seperti mereka tu macam mana??....dahlah suami jauh...kalau ada suami boleh juga aku lentokkan kepala dan menangis di bahunya. aku tak tahu nak luahkan pada siapa kecuali cikgu saiful yg sudah lama dalam bidang pendidikan khas...


Cikgu saiful kata :-

1. Budak pendidikan khas sentiasa ceria sebab mereka tidak pernah ada masalah..ada masalah pun mereka seperti tiada perasaan..so, awak perlu jadi ceria .

2. Mereka ada mood...kadang2 happy..kadang2 bosan, kadang2 buat lawak tak tentu pasal. so, bila masuk kelas awk perlu lihat situasi mereka, walaupun dlm rekod mengajar, awk dah rancang aktiviti macam2...tidak semestinya apa yg kita plan menjadi. itulah pendidikan khas...


3. Awak perlu banyakkan berdoa kerana mereka kanak-kanak istimewa yg tiada dosa. hati mereka sangat bersih. Mereka akan menerima awk sekiranya awk benar2 ikhlas. 


Slot 2


Ya Allah......Benar kata2 cikgu Saiful...Selepas 3 bulan, barulah mereka terima aku...selalunya, mereka kata bosan bila aku masuk kelas. tapi, sekarang dah tak dengar lagi kata2 "bosan". Terima Kasih Allah dan terima kasih cikgu saiful. aku sudah mula jatuh cinta dengan mereka. Aku rasa gembira sgt2 dan tenang shj bila masuk kelas. Semenjak itu, aku dipanggil cikgu comel dan cantik...walaupun aku tidak cantik...hahahaha....


Slot 3

Keseronokan mengajar mereka menyebabkan aku tidak mahu mohon eg tukar sehingga aku merajuk bila ayh mertua ku mencadangkan mohon pindah segera. Aku belum bersedia untuk mohon eg tukar. Pelbagai alasan aku bagi...hehehe...


Ya Allah!!! adakah ini dinamakan CINTA ??? AKU SUDAH JATUH CINTA!!!

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Assalamualaikum....

Aku adalah seorang guru pendidikan khas.Aku tidak menyangka aku diletakkan dalam dunia pendidikan khas. Sebelum ini aku tidak pernah dengar pun tentang pendidikan khas. Walhal sebelum ini aku mengajar al quran. Cita2 aku bukan menjadi guru pendidikan khas. Mula2 posting, aku stress sgt, kerana aku tidak dapat menyelami dunia ini. aku bagaikan terapung2 dalam dunia ku sendiri.