Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Langsuir kejar aku di Kampus

Imej
UPSI telah mengadakan kursus BIG di hutan belakang kampus. Pelbagai aktiviti dilakukan selama dua hari dari pagi sehinggalah petang. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah berkayak, mendaki bukit, merentasi sungai, membina khemah dan sebagainya.      Setelah selesai berkayak, kami disuruh pulang segera, ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki pacuan empat roda. Aku bernasib baik kerana dapat menaiki pacuan empat roda walaupun berhimpit-himpit. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aku teringat bahawa aku masih belum solat asar.Seluruh tubuhku berlumpur dan basah, bagaimana ye aku nak balik rumah dengan memandu kereta. Tentu aku terlepas waktu solat sebab rumahku 15 minit dari kampus. hari semakin gelap. Ada seorang kawan rumah sewa yang ingin menumpang keretaku. Aku ajak dia bersihkan diri di tandas blok dalam kampus,     Kami pun masuk ke bilik air sebelah menyebelah, Semasa aku menyalin pakaian, aku terdengar suara orang berbual dan bising di luar, aku hanya menyangk

Chicken Chop dalam kenangan....

Imej
SLOT 1 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah memilih sekolahku untuk menyertai pertandingan Karnival Pendidikan Khas dan Kesenian Peringkat Negeri Johor di Jementah, Segamat. Disebabkan aku guru kemahiran masakan, maka aku diamanahkan membimbing dan mengelolakan sebelum dan semasa pertandingan. Bila dicabut undi, sekolah aku perlu menghidangkan chicken chop dan gubahan tembikai di hari pertandingan. Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal, apabila membaca surat dari PPD, mana tidaknya, aku pandai makan chicken chop sahaja, mana pandai buat, lepas itu, nak ajar anak murid pula, uwaaaa!!!.    Nasib baiklah, ada seorang guru menawarkan anak saudaranya untuk mengajar anak muridku yang kacak dan cantik molek ini. Selepas mendapat tunjuk ajar dari bekas pelajar YPJ dalam bidang Seni Kulinari, hari-hari aku melatih anak muridku. Hari -hari juga aku membeli barang2  dan ayam di pasaraya dan pasar borong. Penatnya ya Allah, lepas pulang dari sekolah sahaja, aku terus ke pasaraya

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Pada hari khamis 22 hb November 2014, adalah tarikh tamatnya aku berkhidmat di sekolah ini. Segala kenangan dan pengalaman di sini ku simpan di dalam diariku. Air mataku mengalir apabila melihat anak-anak murid sedang makan bersama-sama di majlis perpisahanku. Mereka memanggil aku supaya duduk bersama-sama buat kali terakhir, tetapi, aku tidak dapat menatap wajah mereka kerana air mataku tidak henti-henti mengalir. Banyak ilmu yang aku dapat seperti menjadi guru kemahiran masakan dan chicken chop membuatkan aku terkenal di sekolah. Ramai guru-guru membuat tempahan c.chop dari murid pendidikan khas.    Aku akan ditugaskan di sekolah yang berdekatan dengan rumah suamiku pada tahun 2015 nanti. Aku rasa macam pengantin baru sahaja, sebab selori juga bawa barang-barangku ke rumah hubby. Banyak juga hadiah yang aku terima dari anak-anak murid, kawan-kawan dan sekolah. Aku hanya mampu berdoa agar SMK ini berjaya melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan berguna untuk agama, bangsa dan

cikgu kencing je kat tepi parit tu ....

Pertama kali, aku mengikut program marhaban ke rumah murid-murid. Tujuannya ialah melihat keadaan keluarga mereka dan mengeratkan silaturrahim. Aku teruja dengan program ini. aku diamanahkan untuk mencari doa-doa dan selawat marhaban. Semua guru membawa anak-anak murid dengan kereta masing-masing. Inilah kali pertama aku masuk ke kawasan kampung ini. Rasa damai dan tenang melihat pokok-pokok hijau dan rumah-rumah yang bersih dan cantik. jauh juga rumah anak-anak murid aku, masuk ke dalam hujung kampung. Aku rasa sebak tiba-tiba melihat kedhaifan rumah mereka. Aku tidak menyangka, begini rupanya kehidupan mereka.        Tiba di satu rumah, tiba-tiba aku rasa nak qada' hajat. Argh!!! kacau betullah, minum banyak sangat arr ni. Aku pun meminta izin dengan tuan rumah untuk tumpang qada' hajat. Makcik tu seperti kegelisahan, tetapi dia tetap mengajak aku ke dapur. Aku lihat ada beberapa orang perempuan dan seorang lelaki di dapur. Dapurnya sangat kecil dan dhaif, aku lihat da