Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Sakinah dalam rumahtangga.

Imej
Sesi dialog telah bermula. Client : Assalamualaikum  . Ustazah : Waalaikumsalam. Silakan duduk. Client : Terima kasih. Ustazah : Ya puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Nampak muram je! Client : Ustazah, apakah maksud sakinah dalam rumahtangga? Ustazah : Sakinah ialah perasaan tenang dan tenteram dalam rumahtangga. Allah dah nyatakan didalam surah ar-Rum ayat 21. Kenapa puan? Ada apa yang tidak kena ke? Client : (Terdiam seketika) Air mata sedang mengalir. Ustazah : Takpe, puan menangislah sepuas-puasnya. Bila dah reda nanti, ceritakan pada saya ye.

AKU CURI KAPUR TULIS SEKOLAH

Imej
Dah lama sangat aku tak update blog ni semenjak berpindah ke sekolah baru....hatiku masih bersedih kerana meninggalkan sekolah yang lama...lama jugalah aku nak pujuk diri sendiri ni...macam-macam ayat motivasi aku cakap dengan diri sendiri sebelum pergi ke tempat kerja... Selamat Hari Guru buat guru-guru di seluruh Malaysia... Semasa sambutan hari guru di sekolah, aku tiba2 rasa sebak dan teringat kenangan silam masa aku darjah 3...aku seorang murid yang pendiam tapi suka memerhati gelagat cikgu...aku tak tumpukan pada pelajaran pun masa tu...sebab tu ler...keputusan aku masa di sekolah rendah...biasa2 aje...huhuhu.....aku suka tengok gaya cikgu berjalan, pegang buku, cara menulis dgn kapur tulis dan gaya cikgu marah...hahahaha....tapi,,,aku tak suka cikgu garang2...aku suka dengan cikgu yang lemah-lembut macam  ustazah.... Aku punya teruja nak tiru gaya cikgukan, aku curi kapur tulis dan masukkan dalam beg....nakal ekkk...dalam diam ada jahat gak....lps tu, aku pun menconteng di