Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019
Imej
Alhamdulillah, aku dah semakin sihat dan boleh masak bermacam-macam aneka makanan. Masak asam pedas versi mak turun temurun. Mesti pekat  banyak bawang dan lada. Pastikan minyak pun seimbang. Sambal dah garing baru masukkan air asam jawa.

TERAPI DIRI

Imej
Aku tidak suka melayan sakit dan lemah. Aku dah tak nak hiraukan apa pun orang mengatakan tentang diriku. Aku tetap teruskan kehidupan dan membaiki diri. Kalau dilayan sakit, makin jadi sakit. Suka sangat aku, selepas aku buat bisnes SHOM, aku dapat guna produk yang Best best semuanya. Mak bagi cadangan, tanam pokok pegaga. Mak kata pegaga bagus untuk dalaman wanita. Aku pun tanam, beli anak pokok di kedai RM2. Mula2 pokok tu merajuk, bagai hidup segan mati tak mau, aku spray dengan baja Ezigrow, terus je segar bugar wei. Inilah terapi buat diriku. Kalau korang nak guna baja Ezigrow ni, boleh order 😄 www.wassup.com.my/0137020780

Kenapa aku menyepi?

Dah bertahun aku tak update blog selepas berpindah ke daerah lain. Hari first, aku pindah sekolah baru, aku dah mula kurang sihat. Aku tidak bersemangat ke tempat kerja dan kerap MC. Aku mula kena penyakit kulit yang kronik. Aku mula lupa banyak perkara. Hobi aku memasak dan mengemas akhirnya menjadi perkara yang paling aku benci. Aku mula bisnes dengan SHOM sebab aku nak aktifkan diri supaya sentiasa ada motivasi dalam hidup. Aku kerap pergi seminar Minda Magnet Rezeki supaya aku sentiasa ada semangat. Ayah & ibu mertua bawak berubat merata tempat, aku sihat sekejap je, lepas tu aku kembali lemah lagi. Aku kerap lupa macam mana nak memasak, pelik aku, walhal aku kerap masak macam2 buat suamiku. Aku semakin dungu di tempat kerja. Aku banyak blur dan pelupa. Tapi, aku sentiasa berkata pada diri sendiri, apa jua yang berlaku semuanya adalah kehendak Allah. Aku ada Allah! Aku terima kata2 cercaan dan diketawakan orang lain kerana aku semakin lembab dalam kerja. Keban