Alhamdulillah, aku dah semakin sihat dan boleh masak bermacam-macam aneka makanan.
Masak asam pedas versi mak turun temurun. Mesti pekat banyak bawang dan lada. Pastikan minyak pun seimbang. Sambal dah garing baru masukkan air asam jawa.
7 November 2021 Ahad Pergi hospital bersama suami ke pakar O & G untuk ambil darah. Lama menunggu sebab ramai orang. 6 botol darahku diambil dan darah suami pula 3 botol. Nanti hari period kedua kena ambil darah lagi.Inilah perjalanan IVF pertamaku.
Pada hari khamis 22 hb November 2014, adalah tarikh tamatnya aku berkhidmat di sekolah ini. Segala kenangan dan pengalaman di sini ku simpan di dalam diariku. Air mataku mengalir apabila melihat anak-anak murid sedang makan bersama-sama di majlis perpisahanku. Mereka memanggil aku supaya duduk bersama-sama buat kali terakhir, tetapi, aku tidak dapat menatap wajah mereka kerana air mataku tidak henti-henti mengalir. Banyak ilmu yang aku dapat seperti menjadi guru kemahiran masakan dan chicken chop membuatkan aku terkenal di sekolah. Ramai guru-guru membuat tempahan c.chop dari murid pendidikan khas. Aku akan ditugaskan di sekolah yang berdekatan dengan rumah suamiku pada tahun 2015 nanti. Aku rasa macam pengantin baru sahaja, sebab selori juga bawa barang-barangku ke rumah hubby. Banyak juga hadiah yang aku terima dari anak-anak murid, kawan-kawan dan sekolah. Aku hanya mampu berdoa agar SMK ini berjaya melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan berguna untuk agama, ba...
Assalamualaikum sahabat semua. Maafkan diri ini sekiranya ada kesilapan sengaja atau tidak sengaja. Coretan ini bukan untuk meraih simpati atau berdukacita. Tetapi, sebagai nukilan dari hati. Puasa tahun 2021 menguji keimanan ku, sudah 6 hari terpaksa ponteng berpuasa. Solat sunat terawih sudah tidak sempurna dan bacaan al quranku juga kadang kala. Aku bersedih bukan kerana ujian ini. Tetapi, aku sedih kerana tiada apa2 untuk dipersembahkan pada yang Maha Esa. Aku takut sekiranya tidak sempat melunaskan segala hutang piutang ku. Hutang dosa dengan kawan atau sanak saudara. Aku dah tulis siap2 segala hutang piutang dalam buku, semoga ada pewaris yang membantu ku. Hampir untuk dimasukkan ke wad, tapi sebelum cek darah, terus cepat berbuka puasa makan kurma sebanyak nya. Berkat doa mak, suami dan adik beradik, dpt lah berbuka puasa lagi bersama mereka. Tenagaku sudah kehabisan, aku gagahkan diri membersihkan kebun bersama rakan sekerja dan anak2 murid sebab sudah lama PKP tidak...
Ulasan
Catat Ulasan