Langsuir kejar aku di Kampus



UPSI telah mengadakan kursus BIG di hutan belakang kampus. Pelbagai aktiviti dilakukan selama dua hari dari pagi sehinggalah petang. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah berkayak, mendaki bukit, merentasi sungai, membina khemah dan sebagainya. 

    Setelah selesai berkayak, kami disuruh pulang segera, ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki pacuan empat roda. Aku bernasib baik kerana dapat menaiki pacuan empat roda walaupun berhimpit-himpit. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aku teringat bahawa aku masih belum solat asar.Seluruh tubuhku berlumpur dan basah, bagaimana ye aku nak balik rumah dengan memandu kereta. Tentu aku terlepas waktu solat sebab rumahku 15 minit dari kampus. hari semakin gelap. Ada seorang kawan rumah sewa yang ingin menumpang keretaku. Aku ajak dia bersihkan diri di tandas blok dalam kampus, 

   Kami pun masuk ke bilik air sebelah menyebelah, Semasa aku menyalin pakaian, aku terdengar suara orang berbual dan bising di luar, aku hanya menyangka mungkin mereka pun sedang membersihkan diri. Aku cepat-cepat mengambil wuduk, setelah aku keluar, kawanku masih di dalam bilik air, diluar tiada sesiapa pun. Aku hanya menyangka, mungkin mereka sudah keluar. 

  Setelah kawanku siap, aku pun mengajaknya ke surau, aku bergegas menunaikan solat asar, selepas aku memberi salam, aku terdengar bunyi azan, maka, aku pun menyambung menunaikan solat maghrib. Seusai aku membaca doa, aku pun ajak kawanku pulang. 

  Semasa aku sedang berjalan keluar dari blok, aku terdengar bunyi benda mengilai-ngilai,semakin kuat dan aku dapat rasakan ada sesuatu dibelakang aku. Aku pimpin tangan kawanku sekuat hati, sambil itu aku hanya mampu membaca 3 Qul. Hujan renyai-renyai di luar blog, aku dan kawan terus berjalan tanpa menoleh belakang.

  Aku mencari kereta, tapi, tidak nampak langsung bayang kereta, aku ke hulu ke hilir mencari kereta di tempat parking. Aku terus membaca selawat dan 3 Qul, barulah aku ternampak keretaku sahaja yang tinggal di tempat parking. Sebenarnya, kereta tu ada di depanku, tapi, aku dan kawan tidak nampak langsung bayang kereta. Apalagi, dengan tangan yang menggeletar, aku hidupkan enjin dan pecut keluar dari kampus. Kawanku senyap membisu, setelah kami hampir di rumah, barulah kami membuka mulut dan bercakap tentang apa yang telah berlaku.


   Sebenarnya, tiada sesiapa di bilik air kecuali kami berdua, suara mengilai-ngilai itu, memang kuat dan sebiji macam filem langsuir. Kami berdua tidak boleh tidur malam dan menggigil ketakutan, kami sama-sama demam seminggu. Cerita ini menjadi bualan di kalangan pelajar-pelajar UPSI. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberiku kekuatan untuk menunaikan solat walaupun diganggu dengan mahkluk halus. Semua ini ujian Allah, mereka adalah makhluk Allah, nak buat apa kita takut, yang penting kita tunaikan tanggungjawab kita kepada Allah. 


  


Ulasan

  1. Ya Allah Isniza.. meremang bulu roma Nurul membaca kisah ini, syukur alhamdulillah.. Allah memelihara dan menjauhkan Isniza dengan kawan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.. semoga sekarang dah semakin sihat dan semangat pulih seperti biasa.. in shaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin....memang seram...itulah first time dengar yang real...selama ini hanya dengar dari drama atau filem shj.

      Padam
  2. ok seram pulak baca kisah ni. sy stay di area Trolak, Sungkai. UPSI x berapa jauhla. baru tahu UPSI ada tmpt utk kayak apa smua.. tp khas utk student UPSI shj la kot ye? ish3 sipbaikla masih boleh drive lagi lps tu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh..sungkai...bestnya kolam air panas disana...ada belakang upsi baru...mmg khas utk pelajar upsi....

      Padam
  3. Alhamdullilah selamat... agaknya dia mengekori dari hutan sebab langsuir memang tinggal di tempat2 macam tu... nasihat saya sebelum perjalanan masuk ke hutan baik baca doa penggerak atau doa masuk ke hutan atau ayat kursi saja tiga kali... insyallah pergi dan pulang akan selamat

    kalau tak silap saya ayat penggerak tu berbunyi begini:

    bismillahillazi la ya thurru maaz mihi syaiun fil ardi wala fis sama hi wahuawas samiul alim... (7 kali)

    cuba lah cari yg arab untuk bunyi yg lebih baik... saya dah keluar masuk hutan banyak kali insyallah ayat ini mengelak sebarang musibah dan gangguan di tempat2 macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Najib Ariyan...In Sha Allah saya amalkan ayat ni...selalunya saya amalkan sebelum makan...betul jugakan...saya pun keluar dari hutan waktu senja...

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas