Pengikut

Jumaat, 20 November 2015

Sakinah dalam rumahtangga.



Sesi dialog telah bermula.

Client : Assalamualaikum  .
Ustazah : Waalaikumsalam. Silakan duduk.
Client : Terima kasih.
Ustazah : Ya puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Nampak muram je!
Client : Ustazah, apakah maksud sakinah dalam rumahtangga?
Ustazah : Sakinah ialah perasaan tenang dan tenteram dalam rumahtangga. Allah dah nyatakan didalam surah ar-Rum ayat 21. Kenapa puan? Ada apa yang tidak kena ke?
Client : (Terdiam seketika) Air mata sedang mengalir.
Ustazah : Takpe, puan menangislah sepuas-puasnya. Bila dah reda nanti, ceritakan pada saya ye.

Sabtu, 6 Jun 2015

AKU CURI KAPUR TULIS SEKOLAH


Dah lama sangat aku tak update blog ni semenjak berpindah ke sekolah baru....hatiku masih bersedih kerana meninggalkan sekolah yang lama...lama jugalah aku nak pujuk diri sendiri ni...macam-macam ayat motivasi aku cakap dengan diri sendiri sebelum pergi ke tempat kerja...

Selamat Hari Guru buat guru-guru di seluruh Malaysia... Semasa sambutan hari guru di sekolah, aku tiba2 rasa sebak dan teringat kenangan silam masa aku darjah 3...aku seorang murid yang pendiam tapi suka memerhati gelagat cikgu...aku tak tumpukan pada pelajaran pun masa tu...sebab tu ler...keputusan aku masa di sekolah rendah...biasa2 aje...huhuhu.....aku suka tengok gaya cikgu berjalan, pegang buku, cara menulis dgn kapur tulis dan gaya cikgu marah...hahahaha....tapi,,,aku tak suka cikgu garang2...aku suka dengan cikgu yang lemah-lembut macam  ustazah....

Aku punya teruja nak tiru gaya cikgukan, aku curi kapur tulis dan masukkan dalam beg....nakal ekkk...dalam diam ada jahat gak....lps tu, aku pun menconteng di almari baju dgn meniru gaya cikgu sambil memegang buku. Aku bayangkan depan aku ramai murid-murid.hihihi.

Bila masa waktu belajar pkl 8 mlm, sama juga, aku berangan baca buku seperti cikgu mengajar...kuang.kuang.kuang...kadang2 aku kena lepuk dgn arwah ayah aku sbb cakap seorang diri...

Akhirnya, Alhamdulillah, rupa-rupanya apa yang aku angankan, menjadi kenyataan........


Ahad, 14 Disember 2014

Langsuir kejar aku di Kampus



UPSI telah mengadakan kursus BIG di hutan belakang kampus. Pelbagai aktiviti dilakukan selama dua hari dari pagi sehinggalah petang. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah berkayak, mendaki bukit, merentasi sungai, membina khemah dan sebagainya. 

    Setelah selesai berkayak, kami disuruh pulang segera, ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki pacuan empat roda. Aku bernasib baik kerana dapat menaiki pacuan empat roda walaupun berhimpit-himpit. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aku teringat bahawa aku masih belum solat asar.Seluruh tubuhku berlumpur dan basah, bagaimana ye aku nak balik rumah dengan memandu kereta. Tentu aku terlepas waktu solat sebab rumahku 15 minit dari kampus. hari semakin gelap. Ada seorang kawan rumah sewa yang ingin menumpang keretaku. Aku ajak dia bersihkan diri di tandas blok dalam kampus, 

   Kami pun masuk ke bilik air sebelah menyebelah, Semasa aku menyalin pakaian, aku terdengar suara orang berbual dan bising di luar, aku hanya menyangka mungkin mereka pun sedang membersihkan diri. Aku cepat-cepat mengambil wuduk, setelah aku keluar, kawanku masih di dalam bilik air, diluar tiada sesiapa pun. Aku hanya menyangka, mungkin mereka sudah keluar. 

  Setelah kawanku siap, aku pun mengajaknya ke surau, aku bergegas menunaikan solat asar, selepas aku memberi salam, aku terdengar bunyi azan, maka, aku pun menyambung menunaikan solat maghrib. Seusai aku membaca doa, aku pun ajak kawanku pulang. 

  Semasa aku sedang berjalan keluar dari blok, aku terdengar bunyi benda mengilai-ngilai,semakin kuat dan aku dapat rasakan ada sesuatu dibelakang aku. Aku pimpin tangan kawanku sekuat hati, sambil itu aku hanya mampu membaca 3 Qul. Hujan renyai-renyai di luar blog, aku dan kawan terus berjalan tanpa menoleh belakang.

  Aku mencari kereta, tapi, tidak nampak langsung bayang kereta, aku ke hulu ke hilir mencari kereta di tempat parking. Aku terus membaca selawat dan 3 Qul, barulah aku ternampak keretaku sahaja yang tinggal di tempat parking. Sebenarnya, kereta tu ada di depanku, tapi, aku dan kawan tidak nampak langsung bayang kereta. Apalagi, dengan tangan yang menggeletar, aku hidupkan enjin dan pecut keluar dari kampus. Kawanku senyap membisu, setelah kami hampir di rumah, barulah kami membuka mulut dan bercakap tentang apa yang telah berlaku.


   Sebenarnya, tiada sesiapa di bilik air kecuali kami berdua, suara mengilai-ngilai itu, memang kuat dan sebiji macam filem langsuir. Kami berdua tidak boleh tidur malam dan menggigil ketakutan, kami sama-sama demam seminggu. Cerita ini menjadi bualan di kalangan pelajar-pelajar UPSI. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberiku kekuatan untuk menunaikan solat walaupun diganggu dengan mahkluk halus. Semua ini ujian Allah, mereka adalah makhluk Allah, nak buat apa kita takut, yang penting kita tunaikan tanggungjawab kita kepada Allah. 


  


Chicken Chop dalam kenangan....

SLOT 1

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah memilih sekolahku untuk menyertai pertandingan Karnival Pendidikan Khas dan Kesenian Peringkat Negeri Johor di Jementah, Segamat. Disebabkan aku guru kemahiran masakan, maka aku diamanahkan membimbing dan mengelolakan sebelum dan semasa pertandingan. Bila dicabut undi, sekolah aku perlu menghidangkan chicken chop dan gubahan tembikai di hari pertandingan. Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal, apabila membaca surat dari PPD, mana tidaknya, aku pandai makan chicken chop sahaja, mana pandai buat, lepas itu, nak ajar anak murid pula, uwaaaa!!!.

   Nasib baiklah, ada seorang guru menawarkan anak saudaranya untuk mengajar anak muridku yang kacak dan cantik molek ini. Selepas mendapat tunjuk ajar dari bekas pelajar YPJ dalam bidang Seni Kulinari, hari-hari aku melatih anak muridku. Hari -hari juga aku membeli barang2  dan ayam di pasaraya dan pasar borong. Penatnya ya Allah, lepas pulang dari sekolah sahaja, aku terus ke pasaraya di bandar, jaraknya dari sekolah mengambil masa 30 minit juga. Ada sebahagian barang yang tiada di pasaraya, menyebabkan aku ke hulur ke hilir sehingga larut malam. Emak dan suamiku pun sudah mula berbunyi kerana ke hulu ke hilir sehingga larut malam. Tapi, aku pekakkan telinga sahaja, sebab ini adalah tanggungjawab aku. Lagi sadis, sekolah tidak boleh mengeluarkan wang segera, hanya boleh di bayar semula apabila tuntutan dan bukti dari resit-resit pembelian. Semuanya menggunakan duitku sendiri. Baruku tahu, betapa mahalnya harga barang di pasaraya. Kalau hendak murah, kenalah berbelanja di pasar borong, tetapi, pada waktu pagi. Aduh!! mana sempat nak belanja pagi-pagi, aku perlu ke sekolah lebih awal sebelum pukul 7. 




  Gambar diatas ini adalah 2 orang bekas pelajar YPJ yang mempunyai sijil Seni Kulinari. Kacak, macho dan pandai masak macam-macam makanan. Gubahan pun macam-macam boleh  buat. Bertuah bakal isterinya. hehehehehe....kalau dua orang budak ni terbaca blog aku, kembanglah dia kena puji. Mereka juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kedai makan  yang turut menyediakan chicken chop berharga RM5 sahaja. 



Bila dikira jumlah dalam resit perbelanjaan semuanya ialah RM500. Itu pun tidak termasuk duit ayam dan barang-barang kecil. Duit minyak kereta ke sana ke mari memang aku tutup mata sahajalah. Kopak duit aku wei!!.Nak dapat claim lambat pula tu. Ada juga sebahagian guru-guru yang membantu aku, baiki resepi sos chicken chop dengan mengubah citarasa sendiri. Banyak kali test tau!!. Kejap letak itu ini. Sebab nak bagi rasa sos tu lagi power!!!. 



 Ini adalah gambar gubahan yang diajar oleh mereka berdua. , Yang kanan tu, mestilah budak YPJ tu buat, yang kiri tu, hasil ukiran anak muridku.


Pergh!! selama 2 minggu latihan dan 2 minggu juga aku tidak mengajar sebab latihan ini mula dari pagi sehingga jam 1 tengahari. Penat juga melatih anak murid aku ni, mana taknya, satu-satu kena cakap, baru nak buat. Hmmm, macam nilah budak pendidikan khaskan, sabar sahajalah. 



Ini gambar semasa aku dan kawan makan di restoran Wild Mill.Kami makan ni sebab nak tengok dan mengkaji sedikit untuk membaiki resepi kami.hahaha, orang di restoran perhatikan sahaja perbuatan kami, sebab belek ayam tu, sampai ayam tu pun malu.wakakaka..


SLOT 2

Proses membuat chicken chop :

Resepi untuk seketul ayam.

Bahan 1

  • Ayam yang dipotong dan dibuang tulang
  • Telur 1 biji
  • Serbuk Roti


# Gaulkan ayam, telur dan  serbuk roti. Kemudian goreng.

Bahan 2

  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Sos Lada Hitam
  • Susu cair
  • Air rebusan tulang ayam
  • garam sedikit
  • Minyak zaitun sedikit
  • Marjerin 1 sudu











# Tumis bawang-bawang yang telah dikisar dengan minyak zaitun sehingga naik bau,gunakan api kecil sahaja, letak sedikit garam, sos lada hitam, susu cair, marjerin dan air rebusan mengikut citarasa. 





Bila sudah mendidih dan pekat, tutup api dan tuangkan sos ke atas ayam.





Hiaskan dengan kreativiti masing-masing seperti kentang goreng, coslaw dan sayur-sayuran. Tadaaaa!!! siap pun. Cepatlah hias-hias.hehehe.


SLOT 3


Bila tibanya hari pertandingan, akulah yang memandu kereta kawanku sebab dia tidak biasa memandu jauh. Aku nak bawa kereta aku, ada masalah pula pada enjin. Naya je kang. Aku berdua dihadapan dan 2 orang muridku duduk di bahagian belakang. Aku follow kereta Pegawai PPD sebab aku tak tahu jalan ke sana. Mula2 aku rancang hendak bertolak selepas subuh, tetapi, disebabkan peg PPD hendak bertolak jam 8, maka, aku ikut sahajalah. Sebenarnya, dalam hati ni risau juga, sebab pertandingan bermula pkl 10 pagi. Aku tidak gemar, kelam kabut, aku lebih suka pergi awal dan santai-santai sahaja, tetapi, aku akur, bahawasanya, aku seorang wanita yang lemah, aku tidak sepatutnya memandu sendiri sebab jalan ke Jementah itu, sunyi dan banyak selekoh seperti di Genting Highland.


   Perjalanan mengambil masa 2 jam. Aku follow kereta jabatan sehingga tiba di satu lampu isyarat, aku terlepas kereta jabatan, aku cuba kejar, tetapi, lori yang besar-besar menghalang pandanganku. Aku teruskan juga perjalanan dengan hati yang gundah-gulana. Aku rasa macam sudah jauh perjalananku ini, kawanku cuba menelefon peg PPD, memang benar tekaanku, aku sudah jauh terlajak sehingga ke UITM, aku berpatah balik, jam sudah pun menunjukkan jam 9.50 pg. Hatiku semakin resah, rasa nak menangis pun ada, aku berhenti di tepi jalan dan tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan hati. Di dalam hati, aku berdoa : Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini, aku sudah tersesat jalan. 

   Jam menunjukkan pukul 9.55 pagi, aku berserah kepadaMu tuhan, tiba-tiba, ada sebuah bas Pendidikan Khas Johor Bahru lalu dikawasan itu, maka, aku pun segera mengikutinya dari belakang. Alhamdulillah, terima kasih dengan bantuan Allah. Sampai disana, kami keluarkan barang-barang yang banyak sepenuh bonet tu. Allah!! kena turun tangga dan jauh pula tu. Rupa-rupanya pertandingan sudah bermula, hanya muridku sahaja, yang belum bersedia. Maka, kelam kabut aku mengeluarkan barang dari kotak. Kemudian, aku dihalau oleh penyelia kerana guru tidak boleh membantu sedikit pun ketika pertandingan sudah bermula. Kesian anak muridku, dia terpaksa mengeluarkan barang-barang sendirian, sedangkan orang lain sudah mula menghiris bawang dan memasak. 

  Aku dan kawanku hanya mampu melihat dari jauh. Perutku sudah berbunyi-bunyi, tetapi, aku tidak boleh meninggalkan anak muridku keseorangan. Aku perlu memberi sokongan walaupun dengan hanya melihat. Aku lihat, anak muridku seperti kebingunggan, mungkin keadaan yang kelam  kabut menyebabkan dia seperti tidak pandai buat apa-apa. Sudah 2 minggu berlatih, tidak mungkin dia tidak boleh buat apa-apa. Kami terpaksa menjerit, suruh cepat!! masa semakin hampir tamat. Peserta lain, sudah siap menghidang, muridku pula masih membuat air. Allah!!!, aku dan kawan hanya mampu merenung di antara satu sama lain. Berserah ajelah wei!!!.

   Masa sudah tamat, anak muridku terkial-kial menghias pinggannya. Ketika hakim menghampiri dan menjamah chicken chop muridku, hatiku berdebar-debar, aku terdengar kata-katanya, sos dia sedap!!.Ayam pun garing dan rangup. Tapi, hiasannya yang kurang.Hmm, apakan daya, redha jelah kan. Aku lihat, peserta-peserta lain sangat hebat persembahannya. Sememangnya, aku tahu, keputusan memang tidak menyebelahi muridku. Begitu juga dengan gubahan, dapat tempat yang ke empat sahaja. Kami pulang sebelum majlis penutup, kerana hati sudah kecewa. Kepalaku sudah pening kerana sudah masuk angin. Sampai di rumah je, aku sudah terbongkang kepenatan. Kakiku mula rasa kebas dan lenguh. 

   Sekembalinya ke sekolah, pelbagai soalan dari guru-guru. Aku hanya mendiamkan diri, hanya kawanku sahaja yang menjawabnya. Tiba-tiba, ada seorang guru berkata, Isma!! Chicken Chop ko sedaplah. Hari tu, aku rasa sedikit, apa kata, engkau ambil tempahan dari guru-guru, bolehlah kau masukkan projek chicken chop ni dalam pnp kau. Aku masih tiada jawapan, kerana kepenatan dan kelelahan masih terasa. 

  Tiba-tiba ramai pula guru-guru yang membuat tempahan chicken chop, aku hanya berani ambil 10 tempahan, tetapi, permintaan tinggi, maka, aku naikkan sehingga 20 sahaja. Aku sudah mula bersemangat  dan meneruskan aktiviti ini setiap hari ahad dan rabu. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sehingga aku terpaksa menghadkan tempahan, kerana masa yang sangat terhad. Terima Kasih Allah !!!, walaupun muridku kalah di dalam pertandingan, tetapi, hakikatnya, ada hikmah yang paling baik dari kemenangan peringkat negeri. Kekalahan bukan bermakna gagal, tetapi, kekalahan adalah permulaan ke tangga kejayaan. 

  Dek kerana penangan chicken chop, bila guru-guru terserempak  denganku sahaja, pasti mereka menyebut chicken chop, sehinggakan ada ibu mengandung yang mengidam nak makan chicken chop muridku.  Segala-galanya tinggal kenangan, aku ambil pengajaran dari apa yang berlaku, sememangnya, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Banyak ilmu yang aku perolehi dari penangan chicken chop ini, aku juga belajar erti keikhlasan, kesabaran, kerjasama dan kecekalan. Sememangnya, menjadi seorang guru perlu ada pengorbanan, walaupun kadang-kadang pengorbanan kita tidak dibayar dan dihargai manusia, tetapi, yang penting, hati kita rasa bahagia dan seronok memberi manfaat kepada orang lain. Seperti kata Prof Dr Muhaya : Banyakkan memberi dari meminta, sekiranya kita banyak memberi, kita juga akan banyak menerima. Ramai guru-guru berasa sedih dengan berita perpindahanku ke sekolah lain. Mereka kata, ala...tak adalah chicken chop lagi, tetapi, aku nyatakan, projek ini akan berterusan di sekolah ini, cuma dikendalikan oleh guru lain. Semoga Unit Pendidikan Khas di SMK ini berjaya mewujudkan projek yang lebih baik untuk membantu murid pendidikan khas supaya dapat manfaatkan ilmu di luar sana. . Amin...



  


   










Selasa, 2 Disember 2014

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Pada hari khamis 22 hb November 2014, adalah tarikh tamatnya aku berkhidmat di sekolah ini. Segala kenangan dan pengalaman di sini ku simpan di dalam diariku. Air mataku mengalir apabila melihat anak-anak murid sedang makan bersama-sama di majlis perpisahanku. Mereka memanggil aku supaya duduk bersama-sama buat kali terakhir, tetapi, aku tidak dapat menatap wajah mereka kerana air mataku tidak henti-henti mengalir. Banyak ilmu yang aku dapat seperti menjadi guru kemahiran masakan dan chicken chop membuatkan aku terkenal di sekolah. Ramai guru-guru membuat tempahan c.chop dari murid pendidikan khas.

   Aku akan ditugaskan di sekolah yang berdekatan dengan rumah suamiku pada tahun 2015 nanti. Aku rasa macam pengantin baru sahaja, sebab selori juga bawa barang-barangku ke rumah hubby. Banyak juga hadiah yang aku terima dari anak-anak murid, kawan-kawan dan sekolah. Aku hanya mampu berdoa agar SMK ini berjaya melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan berguna untuk agama, bangsa dan negara. 


video

  Video ini memaparkan gambar-gambar yang banyak menceritakan diriku di SMK ini... Semoga diariku ini menjadi kenangan sehingga akhir hayatku....
 

cikgu kencing je kat tepi parit tu ....


Pertama kali, aku mengikut program marhaban ke rumah murid-murid. Tujuannya ialah melihat keadaan keluarga mereka dan mengeratkan silaturrahim. Aku teruja dengan program ini. aku diamanahkan untuk mencari doa-doa dan selawat marhaban. Semua guru membawa anak-anak murid dengan kereta masing-masing. Inilah kali pertama aku masuk ke kawasan kampung ini. Rasa damai dan tenang melihat pokok-pokok hijau dan rumah-rumah yang bersih dan cantik. jauh juga rumah anak-anak murid aku, masuk ke dalam hujung kampung. Aku rasa sebak tiba-tiba melihat kedhaifan rumah mereka. Aku tidak menyangka, begini rupanya kehidupan mereka. 


      Tiba di satu rumah, tiba-tiba aku rasa nak qada' hajat. Argh!!! kacau betullah, minum banyak sangat arr ni. Aku pun meminta izin dengan tuan rumah untuk tumpang qada' hajat. Makcik tu seperti kegelisahan, tetapi dia tetap mengajak aku ke dapur. Aku lihat ada beberapa orang perempuan dan seorang lelaki di dapur. Dapurnya sangat kecil dan dhaif, aku lihat dapur itu seperti dapur arwah nenek aku dulu. "Ha, cikgu kencing je kat tepi parit tu, nanti saya tutup pintu " kata makcik tu, Aku pun lihat di sebalik pintu dapur tu, ada parit kecil, ada pokok kelapa sawit di belakang. Ha!!! gila ke makcik ni suruh aku kencing kat tepi parit?? mana bilik air dia?? Hatiku berkata-kata. Masa tu, aku rasa bingung sebentar. "Cikgu!! jangan tahan kencing, nanti kena batu karang, takpe, cikgu kencing je, tak ada orang tengok pun." Beberapa kali makcik tu desak aku buang air di situ. Akhirnya, aku kata tidak mengapalah dan aku bergegas ke ruang tamu. Kawan-kawanku bertanya : "dah buang ea, kat mana bilik air dia?". Aku hanya tersenyum simpul dan aku pun berbisik dengan mereka, Apalagi, kawan-kawan ku tersengih-sengih menahan ketawa. Mula-mula aku nak rahsiakan aib orang, tetapi, oleh kerana mereka pun nak buang air, lebih baik aku ceritakan yang sebenarnya. Aku risau jika tuan rumah rasa malu dan tidak selesa, cukuplah aku seorang yang buat hal. hahahaha...

      Bila sudah selesai marhaban dan makan, mereka ketawa terbahak-bahak di ruang parking kereta. Memang kurang asam ye korang ketawakan aku. Aku pun sebenarnya nak ketawa terbahak-bahak, tetapi, dalam masa yang sama juga, aku berfikir sejenak, Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmatMu, bagaimanalah mereka menjalani kehidupan harian, bagaimana dengan keselesaan mereka, Aku tidak pernah merasai kesusahan yang begitu dhaif begini, apa yang aku hadapi pada hari ini menjadi pengajaran dalam hidupku. Bahawasanya kita perlu bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasalah pandang orang di bawah kerana mereka lebih susah dari kita. Aku tidak menyangka, zaman wawasan 2020 masih ada lagi rumah sebegini. Rumahnya tiada tingkap, hanya ada besi dan ditutup dengan langsir sahaja. 

    Cerita ini, bukan ingin mengaibkan sesiapa, tetapi, aku jadikan pengajaran dan pengalaman dalam hidupku. Aku berdoa agar keluarga muridku ini, mendapat rezeki yang melimpah ruah, keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Aminnnn......

Khamis, 13 November 2014

Budak Gangster nak belasah aku....



Ada juga budak pendidikan khas yg nak belasah aku. Budak ni nampak normal, rasanya dia tersesat masuk ke pendidikan khas. Belajar pun ok shj, tiada masalah. Dia memang gangster, dgn cikgu pun melawan. Masa mula2 aku masuk, aku tegur dia kerana buli kawan. Dia boleh cakap dgn aku, "cikgu jgn main2 dgn sy, nanti sy ajak kawan2 tangkap cikgu baru tau". Aku difahamkan, murid ini mmg suka melawan cikgu sejak dari sekolah rendah lagi. Mula2 aku rasa gementar juga dgn ugutan murid ini.. Aku hanya mampu mendiamkan diri dan memandang wajah ank murid sambil membaca dalam hati surah Taha ayat 1 hingga 5.  Aku teringat, pesanan sepupuku seorang ustaz, dia kata baca ayat2 yg diberikan ini ketika masuk ke kelas. Ajar sekali murid baca sebelum belajar. Setiap kali masuk kelas, aku baca dan ajar murid baca. Selama sebulan, baru aku sedar, ayat itu mmg menjadi. Murid yg gangster itu telah berubah. Aku suruh buat kerja, dia terus buat. Subhanallah, ajaibnya kuasa Allah. Aku rasa sebak dgn perubahan mereka. Terima kasih Allah. .....