Thalesmia Trait dan Anemia.


 Assalamualaikum sahabat semua. Maafkan diri ini sekiranya ada kesilapan sengaja atau tidak sengaja. Coretan ini bukan untuk meraih simpati atau berdukacita. Tetapi, sebagai nukilan dari hati.


Puasa tahun 2021 menguji keimanan ku, sudah 6 hari terpaksa ponteng berpuasa. Solat sunat terawih sudah tidak sempurna dan bacaan al quranku juga kadang kala. Aku bersedih bukan kerana ujian ini. Tetapi, aku sedih kerana tiada apa2 untuk dipersembahkan pada yang Maha Esa. Aku takut sekiranya tidak sempat melunaskan segala hutang piutang ku. Hutang dosa dengan kawan atau sanak saudara. Aku dah tulis siap2 segala hutang piutang dalam buku, semoga ada pewaris yang membantu ku. 


Hampir untuk dimasukkan ke wad, tapi sebelum cek darah, terus cepat berbuka puasa makan kurma sebanyak nya. Berkat doa mak, suami dan adik beradik, dpt lah berbuka puasa lagi bersama mereka.


Tenagaku sudah kehabisan, aku gagahkan diri membersihkan kebun bersama rakan sekerja dan anak2 murid sebab sudah lama PKP tidak berkebun. Walaupun pada masa itu, aku rasa cepat penat. Bila balik rumah, aku terus pengsan dan tidur sehingga jam 5 ptg.


Tepat usiaku 40an, tahap kesihatan ku semakin menurun. Semasa BDR, aku menqadakkan puasa tetapi aku terpaksa juga berbuka. Puasa ku semakin berganda dan bayaran fidyah juga semakin berganda.


Rupanya beginilah kesakitan yang dirasai oleh arwah ayahku seorang penghidap thalesmia Major dan aku pula thalesmia minor. Walaupun doktor kata, t. Minor sihat tetapi bila aku masuk dalam group Thalesmia, rupanya ramai pembawa yang senasib denganku. HB kami sentiasa rendah, susah sangat nak naik belas belas. Dulu, cuma tau arwah ayah masuk wad dan masuk darah je. Tapi, tak pernah tau bagaimana kesakitan yang ayah lalui.


Dulu, orang tak tau pun apa itu Thalesmia. Tetapi, sekarang kerajaan dah buat saringan darah pada murid tingkatan 4 dan pendedahan pada orang awam.


Semoga kami semua tabah menghadapi kehidupan ini. Nak kata sembuh tu, dah memang penyakit genetik. Cuma kami lalui dengan tenang dan redha.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...