Rabiatul Adawiyah dan Kekasih.

 Dengan berkat mukjizat Rasulullah s. a. w.


Ketika kau usia 15  tahun,

Kau selalu membaca kisah Rabiatul Adawiyah, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Kisah Para Wali dan Kisah Anbiya'.


Kerana bacaan itu, pemikiran dan jiwa kau pada masa itu, hanya mabuk cinta kepada Si Pencipta. Kau berangan-angan ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Kau tidak hairan dengan cinta manusia. Kau selalu menangis di sejadah kerana rindu dan kasihnya pada Tuhan.


Pada usia itu, kau bercinta dengan al Quran. Kau tidak banyak bercakap kecuali sedikit. Kau lupa dengan iqrar depan kekasih. Bahawa kau ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah.


Ye, kau lupa selepas dapat cinta dunia. Kau lupa kisah Rabiatul Adawiyah menderita dari kecil, tiada kasih ibu dan ayah. Hanya menjadi seorang hamba kepada hamba. Akhirnya, si hamba itu melepaskan Rabiatul kerana terpegun dengan kecintaannya kepada Allah.


Rabiatul Adawiyah banyak menghabiskan cintanya di tikar solat. Sentiasa mengungkapkan cinta kepadaNya. Dia tidak hairan dengan pinangan lelaki atau pun bercita - cita untuk mendapat anak. Dia sendiri beriqrar dengan Tuhan cinta hanya untukNya.


Ye, kau lupa dengan memory itu. Kerana kau sedang bahagia dengan dunia. Kau bercita-cita mahu menghambakan mulut untuk al Quran. Sehingga Allah kabulkan permintaanmu dan letakkan kau di tempat huffaz.


Ye, kau lupa dengan memory itu. Rabiatul Adawiyah sedikit teman berbicara, sedikit makanan pengalas perut, tiada harta kecuali gayung untuk berwuduk dan tikar solat.


Ye kau lupa bicaramu di depan tuhan. Rabiatul Adawiyah sedikit teman di dunia, tetapi selepas kewafatannya dia dikelilingi penghuni syurga dan dunia.


Al Fatihah buat Bidadari Syurga al Marhumah Siti Sarah Raisuddin dan Selamat Menyambut Tahun Baru 1443H.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...