CINTA ZULAIKHA

Cinta Zulaikha pada Yusof waktu itu disebabkan nafsu kerana beliau sunyi. Di depan mata hanya ada sekujur tubuh yang sasa dan tampan iaitu Yusof. Walaupun pada mulanya Yusof hanyalah anak angkat dan suruhan.


Tiada anak sebagai penghibur dan suami sibuk dengan kerja. Walaupun hidup serba mewah dan  dikelilingi oleh kawan-kawan dunia, tetapi jiwanya sakit dan kosong.


Dengan bekalan nafsu dan kesunyian, tanpa berfikir waras, Zulaikha menarik baju Yusof dari belakang. Niatnya hendak menggoda supaya kesunyiannya dipenuhi. Tetapi, Zulaikha salah orang kerana Yusof adalah hamba yang taat kepada pencipta. Mungkin orang lain sudah ternoda dan tergoda.


Asbab Allah selamatkan hambaNya, tiba-tiba suaminya pulang awal dari kerja. Yusof dipenjarakan beberapa tahun. Zulaikha terus menderita, sunyi semakin sunyi hidupnya. Disebabkan kemurungan yang lama, Zulaikha bertaubat dan kembali pada cinta Allah.


Dia menjadi perempuan yang pendiam dan banyak menangis di tikar solat. Cintanya bukan untuk manusia lagi, tetapi untuk Allah.


Selepas Yusof diangkat sebagai Nabi dan pemimpin di Mesir, Allah temukan Yusof dengan Zulaikha yang sudah banyak berubah. Dari seorang perempuan seksi dan menggoda, beliau menjadi seorang muslimah yang sopan dan pemalu.


Yusof terus meminang Zulaikha, namun malunya beliau dengan pinangan itu.


" Aku sudah tua Yusof, aku tidak cantik seperti dahulu".


"Tidak Zulaikha, engkau masih cantik, aku meminang kamu kerana Allah".


Pada malam pertama, Yusof menanti Zulaikha. Tapi, tidak ada dalam bilik. Dicari isterinya, rupanya sedang bermunajat di atas tikar solat. Lalu, Yusof menarik pakaiannya.


 "Sekarang, aku balas balik apa yang kamu sudah buat padaku dulu. Pada masa itu, aku tidak menerima kamu, kerana kamu bukan milikku. Sekarang, kamu adalah milikku yang dianugerahkan oleh Allah". 


"Tetapi, aku sedang menyatakan cintaku pada Allah wahai Yusof!". 


"Ye, wahai isteriku! Tetapi, kita sekarang sudah menjadi halal. Adakah kamu lupa bahawa aku ini anugerah untukmu? Cinta kita bukan lagi kerana nafsu, tetapi cinta kita kerana Allah".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...