Bau wangi jenazah si Pembaca al Quran.

 Dah lama meninggalkan profesion sebagai guru al Quran. Sekarang Allah kembalikan semula diatas permintaan jiran.


Dulu mengajar Kanak2 dan orang tua. Ada seorang nenek guru al Quran. Saya panggil ibu. Dia sudah meninggal ketika saya sedang belajar di UPSI. Dia merajuk kerana saya tidak pulang ke Johor untuk menyambut hari kelahirannya. Masa tu, tak balik sebab banyak sangat asigment yang perlu disiapkan segera.

Anak2nya kata, arwah selalu menyebut nama saya. Rupanya itulah kali terakhir dia telefon saya.


Sempat ziarah jenazah arwah dan duduk di sisinya. Saya cium arwah banyak kali sebab baunya sangat harum. Itulah bauan  seorang pembaca al quran. Arwah kata, dia bangun jam 2 atau 3 pagi, membaca al Quran sehingga subuh.


Ma Sha Allah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...