Rahsia Bebas Diabetes.

 Kedua2 arwah atuk dan nenek tiada penyakit kencing manis, darah tinggi dan seangkatannya. Semua badan slim dan tidak pernah perut buncit. Mereka sakit asbab sudah sampai ajalnya. Apalah rahsia mereka ye?


Dari pemerhatian sejak kecil, mereka bangun awal pagi, selesaikan kerja rumah pada waktu pagi. Jam 10 pg dah selesai, solat dhuha dan rehat. Solat fardhu sentiasa awal waktu.


Mereka makan ikut jadual, sarapan pada awal pagi, tengahari dan petang. Tiada makan apa2 waktu malam. Rajin puasa Isnin dan Khamis. Mereka makan tidak banyak, hanya keperluan sahaja.


Hmmm, sama2lah perbaiki diri dan amalan ye. Saje nak remind balik apa rahsia orang dulu sihat walafiat. Sebab terasa diri badan mengembang 🤭🤭🤭. Alhamdulillah, setakat ni cek doc tiada 3 serangkai. Nauzubillah! Cuma peringatan supaya berjaga2 ketika usia 40an ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...