Ustaz pesan : Jagalah aurat sepenuhnya !

 Bila tanya ustaz, apakah ciri2 pakaian wanita solehah? Ustaz terus bagi senarainya dan syarahannya. Allahuakbar!


Ustaz :


PAKAIAN MUSLIMAH YANG PATUH SYARIAH  (1)


Pakaian muslimah yang patuh syariah adalah seperti berikut;


1.Menutupi semua badannya.


2.Tidak menampakkan warna kulit.


3.Longgar.


4.Tidak menaikkan nafsu lelaki yang memandangnya.


5.Tidak berbau harum.


6.Bukan pakaian yang membawa glamour.


7.Tidak menyerupai pakaian lelaki.


8.Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir.


9.Tidak mempunyai lambang salib.


10.Tidak bergambar.


Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita wanita lain yang berhias dengan barang kemas.


Lalu Rasulullah ﷺ membawa Sayyidah Fatimah ke satu perigi dan menimba ke dalam perigi tersebut. Setelah di angkat naik timba tersebut maka kelihatanlah barang-barang perhiasan emas di dalam timba tersebut.


Sabda Rasulullah ﷺ "Ambillah Fatimah!"


Oleh kerana teringin berhias seperti wanita yang lainnya, Sayyidah Fatimah pun mengambil. Tapi cuma SATU saja. Diambilnya pun dalam keadaan malu malu.


Kalau kitalah di offer begitu, bagaimana? Pastinya kita akan terbeliak mata dan mengambil kesemuanya malah mungkin kita suruh di timba lagi akan emas tersebut.


Rasulullah ﷺ kemudian bertanya kepada Fatimah, "Cukupkah Fatimah?"


"Cukup Ya Rasulullah." Ujar Fatimah.


Kemudian Rasulullah berkata pada Fatimah, ketahuilah oleh mu wahai anakku Fatimah, walaupun kamu mengambil hanya satu emas itu, ia sudah mengurangkan kebahagiaan dan kelazatan kamu nanti di akhirat."


Sayyidah Fatimah terkejut. Tanpa berfikir terus segera memulangkan emas itu kembali kepada Rasullulah. Beliau tidak sanggup menukarkan akhiratnya dengan dunia yang sedikit.


Begitu hebat   cinta wanita wanita dahulu akan akhirat. Apabila di sebut akhirat saja, mereka sanggup faqir dan miskin didunia. 


Tapi kita ini, sudah berapa banyak akhirat kita yang kita tukarkan dengan dunia?


Shoppee, lazada, ikea, zalora dan pelbagai tempat tempat pemuas nafsu sudah menjadi kitab yang kita schroll hari hari untuk bershopping sehingga barang yang tak perlu pun kita beli demi memuaskan nafsu serakah dunia kita.


Wang yang sepatutnya kita gunakan untuk sedekah dan infaq sudah tiada lagi dalam list hidup kita. Yang kita fikir siang dan malam hanyalah untuk mengisi ruang nafsu serakah kita.


Dalam FB kita penuh dengan video dan gambar makanan dan resepi. Penuh dengan cerita cerita pakaian tudung dan aksesori untuk mencantikan diri kita. Sedangkan tubuh kita sudah semakin dekat dengan tanah dan berbau tanah!


Allaahu ...


Kembali lah kawan kepada asal kita.


Kecilkan lah DUNIA kita. Besarkan lah AKHIRAT kita.


Ya Allah Yang Maha Pengasih, Berikan kasih sayang Mu kepada kami dan kepada para wanita kami.


Tutuplah aurat mereka. Berikan kepada mereka rasa malu yang menjadikan mereka senantiasa menjaga aurat dan kehormatan mereka dan mencintai akan akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...