Memaafkan orang yang menyakiti hati.

 Selama ni tak tenang rupanya kita masih belum memaafkan kesalahan orang lain. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk pada diri ini, supaya memaafkan kesalahan orang lain termasuk mak, suami, adik beradik, kawan-kawan, jiran dan majikan . 

Maafkan mereka kerana punca tiada ilmu menyebabkan kita mudah menyakitkan hati orang lain. Pilih tenang dan bahagia. Maafkan juga diri sendiri kerana sebelum ini, tiada ilmu. 

Terima kasih dengan diri sendiri kerana banyak bersabar dan melalui cabaran dalam hidup. Terima kasih juga dengan diri sendiri kerana mampu memaafkan orang lain.

Hidup kita tidak tahu sampai bilakan. Kita hanya perlu bawa amalan bukan pujian, penghargaan , pangkat dan harta. Semua ini kita tinggalkan di dunia . 

Alangkah bahagianya hati bila kosong dari dunia ! hanya Tuhan bertahta dalam sanubari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...