Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

IVF atau tidak.

Hari ini Ahad 24 oktober 2021, Apoiment dengan pakar O&G di hospital . Hari ini aku kena bagi keputusan pada doc sama ada teruskan rawatan IVF atau tidak. Mulanya, aku dah nekad tak nak buat apa-apa. Sebab fikir banyak  risiko dan hati pun dah kosong. Aku rasa selesa macam ni.  Eh, tetiba suami aku cakap apa ntah , aku terus terfikir untuk teruskan IVF di  HKL.  Doc kata kalau ada duit simpanan atau loan, bolehlah buat terus kat swasta . Lebih cepat sebab umurku dah 40. Doc sarankan jumpa dengan Dr Thoha di Regency Specialist Hospital . Aku terjumpa IG Dr Thoha , bila tengok video diorang, aku pelik nape ekk ramai menangis. Oh, rupanya diorang sebak sangat bila doc bagi keputusan hamil. Mula-mula aku tak ada rasa apa pun, makin lama aku tengok video diorang , aku pun jadi menangis teresak-esak. Aku ni dah keras hati, tu yang lambat nak menangis. hahaha Hati aku dah tak harap apa-apa lagi. Kalau ada , aku terima je. Sebab tu, aku setuju buat kat HKL, walaupun doc kata lambat. Argh,

Payahnya nak istiqamah selawat...

 Semoga Allah beri kekuatan untuk istiqamah berselawat. Murabbi pesan, Habiskan selawat 5.6 juta untuk bersihkan sel darah. Memang banyak dugaan semasa kita nak mujahadah berselawat, Masa ni lah juga, Nafsu, jin dan syaitan memainkan peranan agar kita berhenti selawat. Masa inilah juga, Kita bergelut dengan nafsu yang rakus. Masa inilah juga, Banyak pengaruh di sekeliling supaya kita STOP selawat. Murabbi pesan, Buatlah semata - mata hendak menjadi hamba Allah. Bukan untuk dunia dan akhirat. Biarlah banyak keluar air mata kerana mujahadah  dari tertawa.

haaa..Aku pregnan .............

Nak share berita baik ni, Terkejut sebab Tiba2 Dr kata tahniah awak pregnan 3 bulan, Masa tu hati ni ya Allah, Berdegup kencang sebab masih rasa tak percaya apa yg diungkap doc. Rasa malu jugak sebab tahun depan dah masuk umur 40an.aish! Malunya nak bagi tau kat semua orang. Masa dalam bilik doktor tu, minda tengah berangan. Alamak, mana nak cari pengasuh ekk. Nanti nak pantang kat rumah sendiri ajelah, nak upah bidan datang rumah selama seminggu. Tengah berangan, Tiba2 dengar bunyi burung. Bila buka mata, Allah! Aku mimpi rupanya 😄😄😄 Tengok jam pukul 5.30 pagi. Tapi, orang kata mimpi baik sebarkan. Mimpi buruk aje simpan. 🤣🤣🤣

Jin tak suka orang berselawat !

 Tanya kat ustaz : kenapa masa mula selawat rasa panas je?  Ustaz kata yang panas tu jin dalam badan, teruskan je selawat sampai hilang rasa semua tu. Lepas tu tanya lagi : Kenapa bila dah selawat, ada orang tak suka dengan kita? Ustaz kata, dalam badan orang tu pun ada jin. Hehehe, sayalah  orang yang menyampah dengan ustaz 😆😆😆

Ustaz pesan : Jagalah aurat sepenuhnya !

 Bila tanya ustaz, apakah ciri2 pakaian wanita solehah? Ustaz terus bagi senarainya dan syarahannya. Allahuakbar! Ustaz : PAKAIAN MUSLIMAH YANG PATUH SYARIAH  (1) Pakaian muslimah yang patuh syariah adalah seperti berikut; 1.Menutupi semua badannya. 2.Tidak menampakkan warna kulit. 3.Longgar. 4.Tidak menaikkan nafsu lelaki yang memandangnya. 5.Tidak berbau harum. 6.Bukan pakaian yang membawa glamour. 7.Tidak menyerupai pakaian lelaki. 8.Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir. 9.Tidak mempunyai lambang salib. 10.Tidak bergambar. Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ï·º bahwa dia ingin seperti wanita wanita lain yang berhias dengan barang kemas. Lalu Rasulullah ï·º membawa Sayyidah Fatimah ke satu perigi dan menimba ke dalam perigi tersebut. Setelah di angkat naik timba tersebut maka kelihatanlah barang-barang perhiasan emas di dalam timba tersebut. Sabda Rasulullah ï·º "Ambillah Fatimah!" Oleh kerana teringin berhias seperti wanita yang lainnya, Sayyidah Fatimah pun m

Thalesmia Trait dan Anemia.

Imej
 Assalamualaikum sahabat semua. Maafkan diri ini sekiranya ada kesilapan sengaja atau tidak sengaja. Coretan ini bukan untuk meraih simpati atau berdukacita. Tetapi, sebagai nukilan dari hati. Puasa tahun 2021 menguji keimanan ku, sudah 6 hari terpaksa ponteng berpuasa. Solat sunat terawih sudah tidak sempurna dan bacaan al quranku juga kadang kala. Aku bersedih bukan kerana ujian ini. Tetapi, aku sedih kerana tiada apa2 untuk dipersembahkan pada yang Maha Esa. Aku takut sekiranya tidak sempat melunaskan segala hutang piutang ku. Hutang dosa dengan kawan atau sanak saudara. Aku dah tulis siap2 segala hutang piutang dalam buku, semoga ada pewaris yang membantu ku.  Hampir untuk dimasukkan ke wad, tapi sebelum cek darah, terus cepat berbuka puasa makan kurma sebanyak nya. Berkat doa mak, suami dan adik beradik, dpt lah berbuka puasa lagi bersama mereka. Tenagaku sudah kehabisan, aku gagahkan diri membersihkan kebun bersama rakan sekerja dan anak2 murid sebab sudah lama PKP tidak berkebun

Adakah aku kemurungan atau anxiety ?

 Eh, jomlah positif kan diri. Penatlh asyik sedih bagai. Nanti cepat tua!  3thn lepas nikah xde baby, sambung degree. Masuk sem 1, eh pregnan lak. Tapi, sempat 2 bulan lepas tu gugur. Argh, malas nak fikir teruskan study sampai graduate. Alhamdulillah, habis graduate di UKM bulan 11. Tup Tup bulan 12 dipanggil ke UPSI. Sepenuh masa Kat UPSI, belajar macam anak dara. Xde org merengek suruh balik 😆. Org lain setiap mi nggu je balik sebab rindu kat anak. Saya boleh berjalan ke sana sini lagi macam anak dara 🤭. Pi jalan ke KLCC, genting Highland, Cameron Highland dan Mcm2 lah. Walaupun duit x brp nak ada, tapi ada je org sponsor. Dah Hbs UPSI, sekejap je dok umah terus dpt posting ke Sekolah arwah ayah dulu. Kat situlah kenal sedara mara arwah ayah. Kalau tak, memang tak kenal mereka semua tu. Hmm, masa ni dah tak fikir lah nak ada baby ke apa. Walaupun umur semakin meningkat. Tetiba doktor KK syorkan ke pakar puan. Dia kata masih ada peluang utk dpt zuriat. Bila doktor kata begitu, apal

Ubah Depression kepada Perbaiki diri.

 Depression tu tidak semestinya kita tidak bersyukur, tetapi itu adalah proses memperbaiki diri. Saya suka nasihatkan diri sendiri, bahawa Allah itu sentiasa ada. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mendengar suara hambanya.  Sedangkan Nabi Yusof juga bersedih kerana dibuang abg2nya ke perigi. Nabi Yaakob menangis sampai buta kerana berpisah dengan anak kesayangannya. Inilah masa kita sentiasa dengan Allah.

Rabiatul Adawiyah dan Kekasih.

 Dengan berkat mukjizat Rasulullah s. a. w. Ketika kau usia 15  tahun, Kau selalu membaca kisah Rabiatul Adawiyah, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Kisah Para Wali dan Kisah Anbiya'. Kerana bacaan itu, pemikiran dan jiwa kau pada masa itu, hanya mabuk cinta kepada Si Pencipta. Kau berangan-angan ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Kau tidak hairan dengan cinta manusia. Kau selalu menangis di sejadah kerana rindu dan kasihnya pada Tuhan. Pada usia itu, kau bercinta dengan al Quran. Kau tidak banyak bercakap kecuali sedikit. Kau lupa dengan iqrar depan kekasih. Bahawa kau ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Ye, kau lupa selepas dapat cinta dunia. Kau lupa kisah Rabiatul Adawiyah menderita dari kecil, tiada kasih ibu dan ayah. Hanya menjadi seorang hamba kepada hamba. Akhirnya, si hamba itu melepaskan Rabiatul kerana terpegun dengan kecintaannya kepada Allah. Rabiatul Adawiyah banyak menghabiskan cintanya di tikar solat. Sentiasa mengungkapkan cinta kepadaNya. Dia tidak hairan de

Rahsia Bebas Diabetes.

 Kedua2 arwah atuk dan nenek tiada penyakit kencing manis, darah tinggi dan seangkatannya. Semua badan slim dan tidak pernah perut buncit. Mereka sakit asbab sudah sampai ajalnya. Apalah rahsia mereka ye? Dari pemerhatian sejak kecil, mereka bangun awal pagi, selesaikan kerja rumah pada waktu pagi. Jam 10 pg dah selesai, solat dhuha dan rehat. Solat fardhu sentiasa awal waktu. Mereka makan ikut jadual, sarapan pada awal pagi, tengahari dan petang. Tiada makan apa2 waktu malam. Rajin puasa Isnin dan Khamis. Mereka makan tidak banyak, hanya keperluan sahaja. Hmmm, sama2lah perbaiki diri dan amalan ye. Saje nak remind balik apa rahsia orang dulu sihat walafiat. Sebab terasa diri badan mengembang 🤭🤭🤭. Alhamdulillah, setakat ni cek doc tiada 3 serangkai. Nauzubillah! Cuma peringatan supaya berjaga2 ketika usia 40an ni.

CINTA ZULAIKHA

Cinta Zulaikha pada Yusof waktu itu disebabkan nafsu kerana beliau sunyi. Di depan mata hanya ada sekujur tubuh yang sasa dan tampan iaitu Yusof. Walaupun pada mulanya Yusof hanyalah anak angkat dan suruhan. Tiada anak sebagai penghibur dan suami sibuk dengan kerja. Walaupun hidup serba mewah dan  dikelilingi oleh kawan-kawan dunia, tetapi jiwanya sakit dan kosong. Dengan bekalan nafsu dan kesunyian, tanpa berfikir waras, Zulaikha menarik baju Yusof dari belakang. Niatnya hendak menggoda supaya kesunyiannya dipenuhi. Tetapi, Zulaikha salah orang kerana Yusof adalah hamba yang taat kepada pencipta. Mungkin orang lain sudah ternoda dan tergoda. Asbab Allah selamatkan hambaNya, tiba-tiba suaminya pulang awal dari kerja. Yusof dipenjarakan beberapa tahun. Zulaikha terus menderita, sunyi semakin sunyi hidupnya. Disebabkan kemurungan yang lama, Zulaikha bertaubat dan kembali pada cinta Allah. Dia menjadi perempuan yang pendiam dan banyak menangis di tikar solat. Cintanya bukan untuk manusia

Cengkih ubat sakit gigi.

 Nak share cerita, Baru je habis dos vaksin kedua pada hari Isnin 14 September 2021. Tertinggal keretapi di PPD 😄 sebab bila tarikh dos kedua demam memanjang. KIV sampailah bln 9. Sebelum vaksin memang dah rasa sedikit di gigi berlubang. Selepas vaksin, nikmat gigi berlubang semakin kuat hingga naik ke kepala, telinga dan tekak. Nikmat gigi berlubang lagi sedap dari suntikan vaksin. Nyut Nyut sampai susah nak tidur malam. Makan 2 biji panadol baru boleh tidur. Cuba buat temu janji online klinik gigi tapi, tidak berjaya. Esoknya, pukul 8 pagi dah sampai klinik. Sayangnya, dia hanya cek dan temu janji bulan 11. Telefon klinik gigi swasta semuanya penuh. Tenangkan hati dulu sampailah selepas solat maghrib, tergerak hati nak cari senarai klinik gigi. Telefon sana sini, Alhamdulillah akhirnya dapat apoiment pada pagi Jumaat esok. Hari khamis cuti public semua klinik tutup. Nak tunggu sampai Jumaat, nikmat tu dah sampai ke kepala. Kuatkan semangat  mandi untuk redakan kepanasan dalam badan.

Bau wangi jenazah si Pembaca al Quran.

 Dah lama meninggalkan profesion sebagai guru al Quran. Sekarang Allah kembalikan semula diatas permintaan jiran. Dulu mengajar Kanak2 dan orang tua. Ada seorang nenek guru al Quran. Saya panggil ibu. Dia sudah meninggal ketika saya sedang belajar di UPSI. Dia merajuk kerana saya tidak pulang ke Johor untuk menyambut hari kelahirannya. Masa tu, tak balik sebab banyak sangat asigment yang perlu disiapkan segera. Anak2nya kata, arwah selalu menyebut nama saya. Rupanya itulah kali terakhir dia telefon saya. Sempat ziarah jenazah arwah dan duduk di sisinya. Saya cium arwah banyak kali sebab baunya sangat harum. Itulah bauan  seorang pembaca al quran. Arwah kata, dia bangun jam 2 atau 3 pagi, membaca al Quran sehingga subuh. Ma Sha Allah!

Memaafkan orang yang menyakiti hati.

 Selama ni tak tenang rupanya kita masih belum memaafkan kesalahan orang lain. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk pada diri ini, supaya memaafkan kesalahan orang lain termasuk mak, suami, adik beradik, kawan-kawan, jiran dan majikan .  Maafkan mereka kerana punca tiada ilmu menyebabkan kita mudah menyakitkan hati orang lain. Pilih tenang dan bahagia. Maafkan juga diri sendiri kerana sebelum ini, tiada ilmu.  Terima kasih dengan diri sendiri kerana banyak bersabar dan melalui cabaran dalam hidup. Terima kasih juga dengan diri sendiri kerana mampu memaafkan orang lain. Hidup kita tidak tahu sampai bilakan. Kita hanya perlu bawa amalan bukan pujian, penghargaan , pangkat dan harta. Semua ini kita tinggalkan di dunia .  Alangkah bahagianya hati bila kosong dari dunia ! hanya Tuhan bertahta dalam sanubari.

Akhirnya... Aku memilih membahagiakan diri sendiri

 Rawatan sakit puan sudah pun selesai, aku pilih tidak buat rawatan IVF setelah mengkaji beberapa risiko untuk kesihatan diriku. Umurku sudah masuk 40 . Bukan kata tak apalah tiada anak ! Aku lebih memilih menyayangi diri sendiri .  Aku memilih bahagia mencintai dan menyayangi anak saudara sendiri. Sehingga aku melayani mereka seperti anak sendiri.   Kenapa tidak teruskan rawatan IVF ? Sebab aku ada anemia, mudah letih dan lesu. Rahimku juga tidak kuat untuk menampung baby. Sedih ke tiada anak ? Sedih memanglah sedih, tapi kan bila kita reset minda bersyukur dan menikmati apa yang ada, terus rasa sedih tu hilang. Best sangat tiada anak, boleh bermanja dan berkepit dengan suami selalu. Balik dari kerja , boleh rehat, tidur, tengok movie dan buat tumpuan .  Duit untuk diri sendiri aje, tak payah fikir belanja sekolah anak . Enjoy sangatlah bila reset minda bersyukur.  Buat tumpuan tu apa ? buat tumpuan ialah duduk berselawat, istigfar , berzikir dan  membaca al Quran.

Hari ke 3 sekolah Selepas PKP 3.0

Selasa  12/10/2021       5 Rabiulawal 1443H Hari ke 3 sekolah selepas berPkp 5 bulan. Hari ini buat aktiviti Catan . Hujan lebat pada waktu pagi. Balik dari sekolah jam 1 ptg selepas semua murid balik. Yelah kan, sejak ada virus covid 19 ni, semua guru disuruh balik awal. Sampai rumah solat dan berehat. tengok cerita korea yang bertajuk "Hometown Cha Cha " . Ala, pasal doktor gigi perempuan . Selepas maghrib, ajar anak-anak jiran sebelah mengaji.