Cengkih ubat sakit gigi.

 Nak share cerita,


Baru je habis dos vaksin kedua pada hari Isnin 14 September 2021. Tertinggal keretapi di PPD πŸ˜„ sebab bila tarikh dos kedua demam memanjang. KIV sampailah bln 9.


Sebelum vaksin memang dah rasa sedikit di gigi berlubang. Selepas vaksin, nikmat gigi berlubang semakin kuat hingga naik ke kepala, telinga dan tekak.


Nikmat gigi berlubang lagi sedap dari suntikan vaksin. Nyut Nyut sampai susah nak tidur malam. Makan 2 biji panadol baru boleh tidur. Cuba buat temu janji online klinik gigi tapi, tidak berjaya.


Esoknya, pukul 8 pagi dah sampai klinik. Sayangnya, dia hanya cek dan temu janji bulan 11. Telefon klinik gigi swasta semuanya penuh. Tenangkan hati dulu sampailah selepas solat maghrib, tergerak hati nak cari senarai klinik gigi. Telefon sana sini, Alhamdulillah akhirnya dapat apoiment pada pagi Jumaat esok. Hari khamis cuti public semua klinik tutup.


Nak tunggu sampai Jumaat, nikmat tu dah sampai ke kepala. Kuatkan semangat  mandi untuk redakan kepanasan dalam badan. Sudah hampir demam. Kumur air garam sudah, gigit bawang putih muntah semula. Akhirnya, buat air lemon dan cengkih 7 biji dengan air panas. Lepas minum, gigit satu - satu cengkih hingga habis 7 biji. Alhamdulillah, Allah kurangkan nikmat sedikit di gigi tu. Cuma ada sedikit rasa kurang selesa dengan kepala dan kaki. Makan panadol dan terus tidur. 


Alhamdulillah, pagi ini rasa lega dan segar. Sementara nak tunggu jumpa doktor esok, bolehlah gigit lagi cengkih. Dari tidak suka terus  jatuh cinta.


Pengajarannya, setahun sekali pergilah Klinik untuk rawatan gigi. Tapi, bila dah sihat, memang lupa dengan doktor gigi kan πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Tengok iklan di klinik gigi siap buat lagu lagi suruh buat rawatan setahun sekali. Ingatkan lirik you sangat cute, rupanya you kena check gigi selalu...sekurangnya setahun sekali..😜Baca sambil nyanyi lagu you sangat cute.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...