Kenapa aku menyepi?

Dah bertahun aku tak update blog selepas berpindah ke daerah lain.

Hari first, aku pindah sekolah baru, aku dah mula kurang sihat. Aku tidak bersemangat ke tempat kerja dan kerap MC.

Aku mula kena penyakit kulit yang kronik. Aku mula lupa banyak perkara. Hobi aku memasak dan mengemas akhirnya menjadi perkara yang paling aku benci.

Aku mula bisnes dengan SHOM sebab aku nak aktifkan diri supaya sentiasa ada motivasi dalam hidup.

Aku kerap pergi seminar Minda Magnet Rezeki supaya aku sentiasa ada semangat. Ayah & ibu mertua bawak berubat merata tempat, aku sihat sekejap je, lepas tu aku kembali lemah lagi.

Aku kerap lupa macam mana nak memasak, pelik aku, walhal aku kerap masak macam2 buat suamiku.

Aku semakin dungu di tempat kerja. Aku banyak blur dan pelupa.

Tapi, aku sentiasa berkata pada diri sendiri, apa jua yang berlaku semuanya adalah kehendak Allah. Aku ada Allah!

Aku terima kata2 cercaan dan diketawakan orang lain kerana aku semakin lembab dalam kerja.

Kebanyakan perawat Islam, mengatakan aku disantau angin. Ala kulli hal, aku terima sebagai UJIAN dari Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Tinggal ku ucapkan.......

Aku Cikgu Pendidikan Khas

Payahnya nak istiqamah selawat...