Langsuir kejar aku di Kampus

UPSI telah mengadakan kursus BIG di hutan belakang kampus. Pelbagai aktiviti dilakukan selama dua hari dari pagi sehinggalah petang. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah berkayak, mendaki bukit, merentasi sungai, membina khemah dan sebagainya. Setelah selesai berkayak, kami disuruh pulang segera, ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki pacuan empat roda. Aku bernasib baik kerana dapat menaiki pacuan empat roda walaupun berhimpit-himpit. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aku teringat bahawa aku masih belum solat asar.Seluruh tubuhku berlumpur dan basah, bagaimana ye aku nak balik rumah dengan memandu kereta. Tentu aku terlepas waktu solat sebab rumahku 15 minit dari kampus. hari semakin gelap. Ada seorang kawan rumah sewa yang ingin menumpang keretaku. Aku ajak dia bersihkan diri di tandas blok dalam kampus, Kami pun masuk ke bilik air sebelah menyebelah, Semasa aku menyalin pakaian, aku terdengar suara orang berbual dan bisin...